Keahlian


Ahli Biasa
Semua orang yang bermastautin di Malaysia boleh memohon untuk menjadi ahli biasa. Yurannya ialah RM10.00 setahun. Semua ahli biasa berhak untuk mengundi dan memegang jawatan, kecuali mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Ahli Seumur Hidup
Semua orang yang bermastautin di Malaysia boleh memohon untuk menjadi ahli seumur hidup. Ahli-ahli akan dikenakan yuran sekali sahaja iaitu sebanyak RM100.00. Semua ahli seumur hidup berhak untuk mengundi dan memegang jawatan, kecuali mereka yang berumur bawah 18 tahun.

Ahli Korporat
Semua firma, syarikat, organisasi dan institusi yang akur dengan objektif PSLEM boleh memohon untuk menjadi ahli korporat. Yuran minima ialah RM500.00 setahun. Namun demikian, ahli korporat tidak mempunyai hak mengundi dan tidak boleh memegang jawatan.

Ahli Kehormat
Ahli kehormat akan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap pelaksanaan objektif PSLEM. Ahli kehormat tidak mempunyai hak mengundi dan tidak boleh memegang jawatan.

No comments:

Post a Comment

© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno