Sunday 10 August 2014

Share And Care Session

PSLEM Terengganu telah mengadakan "Share And Care" session dengan kerjasama Klinik MOPD Hospital Sultanah Nur Zahirah :) Objektif utama Share and Care ialah untuk memberi motivasi kepada pesakit-pesakit Lupus di samping pesakit-pesakit Lupus dapat berkongsi kisah dan pengalaman masing-masing.. Keluarga pesakit juga turut digalakkan untuk menyertai sesi ini ...

Buat pertama kali, kami telah bersama-sama di dalam sesi Share and Care dengan beberapa orang pesakit pada 4 Ogos yang lalu... Beberapa orang doktor juga menyertai kami ^_^





Selain daripada itu, kami turut berpeluang melawat pesakit Lupus yang berusia 16 tahun di Wad 8EF. Kami memberikan semangat dan motivasi kepada beliau dengan harapan agar beliau akan tabah dan tidak berputus asa dengan Lupus......  :')



Diharap lebih ramai pesakit-pesakit lupus dan orang ramai yang menyertai sesi ini agar dapat kita berkongsi pengalaman, berkongsi cerita, di samping dapat bersama memotivasikan diri antara satu sama lain untuk kekal positif :)


p/s: Share and Care session akan diadakan setiap hari isnin minggu pertama setiap bulan.. pada anda yang ingin menyertai kami, anda boleh ke Klinik MOPD, HSNZ dan sesi ini bermula jam 9am  :)


Walk-a-Payung PSLEM Terengganu Chapter 2014

Walk-A-Payung adalah satu program yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Systemic Lupus Erythematosus, sejenis penyakit yang terjadi akibat gangguan oleh sistem imuniti badan yang menyerang tisunya sendiri. Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak dari terkena matahari. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. 


xxxxxx

Sebenarnya dah terlambat kami update blog ni...masing-masing sibuk dengan tugasan. Apa-apa pun cerita Walk-a-Payung Terengganu Chapter ni masih lagi segar dalam ingatan kami.. Apa yang kami boleh katakan, this event sangat awesome! ^_^ Unexpected! Itulah yang boleh admin katakan sebab tak sangka ramai yang join walaupun program ini julung kalinya diadakan di negeri Terengganu dan juga di Pantai Timur! Program ini dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Anua Sulaiman. Banyak penyertaan daripada pesakit2 SLE, kaum keluarga, orang awam dan juga doktor-doktor dari HSNZ! Ramai yang support Walk-a-Payung! ^_^

Seawal 7.00 pagi sudah ramai peserta memenuhi padang di Taman Rekreasi Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Haaaaa... Kelam kabut jugak AJK, semua tak menang tangan.! Tambahan lagi final meeting malam tu tak dapat diadakan untuk gantung banner, banting dan hiaskan tempat. Hujan rahmat turun dengan lebatnya pada malam hari dan memberikan cuaca yang sangat redup dan nyaman ketika WAP berlangsung. ALhamdulillah.. :)

Seronok tau, semua bersemangat! Terharu lihat semangat doktor-doktor kami yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ni.. They're amazing! :') 7.30pagi dah mula aerobic, then kami mula ber"walk-a-payung" tepat 8am, semua bersemangat nak berjalan! Happy sangat lihat gelagat peserta, macam-macam! Hihihi :) Btw, we got this from president ~

Greetings  from Presiden Persatuan SLE Malaysia , Dr. Cheah

Thanks Dr. Cheah! Next time Dr. Cheah kena datang tau ... Hihi^^ Ok kita ringkaskan cerita, kita biarkan gambar "berbicara :)



gambar diambi tepat 7am..











walk-a-payung!!

pemeriksaan kesihatan percuma

Dr. Asmah bersama YB dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

rehat selepas penat berjalan hampir 2.8 kilometer^^


amboi Dr. Chong pun nak belon tu.. hihihi^^

abang badut

Pengarah Kesihatan Negeri terengganu : Datuk Dr Anua Sulaiman

Gimik perasmian




PSLEM TERENGGANU CHAPTER


Mission accomplished!

Alhamdulillah..... Program Walk-a-Payung Terengganu Chapter berlangsung dengan jayanya! TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam program ini.. Diharap dengan program ini, kesedaran mengenai penyakit Lupus/ SLE akan lebih meningkat.. Insyaallah jika ada rezeki kita jumpa tahun depan pula ^_^


p/s: thanks for your support :)


© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno