Wednesday 2 April 2014

Semoga Segalanya Dipermudahkan :)

Rohafiza Abdullah atau lebih mesra sebagai Kak Fiza adalah Timbalan Presiden bagi PSLEM Terengganu Chapter :) Kak Fiza juga merupakan salah seorang pesakit SLE! Walaupun mengidap SLE, dia sangat positif dan semangat! Admin mula kenal dengan Kak Fiza pada awal tahun lepas.. ^_^

gigih timbalan presiden kita sorang ni^^

admin curi2 snap gambar.. hihi :p

Sekarang kami agak busy untuk persediaan Walk-a-Payung tau... Nantikan entri daripada admin mengenai Walk-a-Payung Terengganu Chapter! OMG! Admin pun rasa excited sangat-sangat sebab inilah first time event Walk-a-Payung diTerengganu!^^

Semoga segalanya dipermudahkan :)


Kesedaran Terhadap SLE Meningkat

Forum SLE PSLEM Terengganu yang berlangsung di HSNZ baru-baru ni tersiar di dalam akhbar SINAR HARIAN :) Jom kita baca ~

Kesedaran terhadap SLE meningkat

KUALA TERENGGANU – Tahap kesedaran terhadap penyakit Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) semakin meningkat sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pakar Perubatan (Rheumatologi) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Asmah Mohd berkata, orang ramai dilihat semakin memberi perhatian terhadap simptom penyakit SLE terutama bagi mereka yang berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun.

“Tahap usia 15 hingga 45 tahun adalah kumpulan usia yang produktif yang terdedah kepada SLE di mana kesan penyakit ini melibatkan semua organ dalam badan, sekiranya tak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalam badan dan menyebabkan kematian.

“Risiko untuk selamat bergantung pada tahap badan seseorang kerana kebanyakan penghidap penyakit ini berpunca daripada faktor genetik dan persekitaran. Genetik yang bertukar menyebabkan badan keluarkan antibodi yang akan menyerang badan kita sendiri,” katanya
selepas menghadiri Forum Umum SLE di Auditorium Pusat Rawatan Harian HSNZ.

Menurut Dr Asmah, sekiranya penyakit ini tidak dikawal dengan baik, ia akan menyebabkan kegagalan organ dalam badan dan pesakit memerlukan dos ubatan yang tinggi bagi mengelak seseorang berisiko mendapat jangkitan kuman dan kesan sampingan pada organ-organ lain.

“Jika dilihat, kadar kematian disebabkan SLE tidak ramai, namun, walaupun kita mengawal penyakit itu, dalam masa yang sama ia berisiko untuk aktif kembali walaupun pesakit diberikan ubat.

“Bagaimanapun, jika kita mengawal penyakit ini, ia tetap akan aktif tetapi bukan pada tahap yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, di peringkat negeri, pihak hospital cuba mengawal supaya tidak lebih daripada 3 peratus penghidap SLE meninggal dunia.

“Di Terengganu kita mempunyai kira-kira 200 hingga 300 pesakit SLE. Statistik ini mungkin tidak begitu tepat kerana ada yang mendapatkan rawatan di klinik lain, selain di HSNZ.

“Setakat ini, pesakit yang meninggal disebabkan SLE ialah mereka yang telah lama menghidap penyakit ini, sekitar 5 hingga 10 tahun,” katanya.

Dr Asmah berkata, akhir tahun lalu, pihaknya telah menyertai SLE Malaysia dan menubuhkan kumpulan sokongan peringkat negeri dengan objektif utama mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kewujudan penyakit ini.

“Pada 13 Jun depan, kita buka penyertaan sama ada kepada orang awam, pesakit SLE dan keluarga untuk menyertai program Walk A Payung yang mana kita akan berjalan dengan membawa payung dalam jarak yang telah ditetapkan.

“Ini adalah program pertama yang diadakan di sini dengan sasaran penyertaan seramai 300 peserta. Ini adalah program kali pertama di sini walaupun ia program tahunan di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata, objektif program ini adalah untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan masyarakat, kesedaran terhadap perlindungan daripada cahaya matahari memandangkan pesakit SLE perlu dilindungi daripada cahaya matahari.

“Selain itu, kita juga mahu wujudkan kesedaran dalam kalangan pihak berkuasa melibatkan jabatan kerajaan yang lain dalam usaha mendidik masyarakat terutama kanak-kanak sekolah terhadap penyakit ini kerana ada dalam kalangan kanak-kanak ini yang turut menghidapi SLE,” katanya.




© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno