Latar Belakang PSLEM



Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) telah ditubuhkan pada tahun 1994 oleh beberapa orang doktor dan pesakit yang prihatin, untuk membantu mereka yang menghidap Sistemik Lupus Eritematosus (SLE). Bermula dengan hanya 10 orang ahli jawatankuasa, ahli PSLEM pada hari ini berjumlah kira-kira 2,200 orang.
Bermula dengan menumpang sebuah bilik doktor di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, PSLEM kini beroperasi daripada Urusetianya sendiri di Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor. Kumpulan Sokongan PSLEM di Sandakan telah dilancarkan pada bulan Oktober 2004, sementara Kumpulan Sokongannya di Pulau Pinang telah dilancarkan pada bulan Mac 2008. Kumpulan Sokongan Pulau Pinang mempunyai Pusat Informasi dan Kaunseling berdekatan dengan Hospital Pulau Pinang.
Dua lagi kumpulan sokongan telah ditubuhkan pada 2009/2010. Kumpulan sokongan Kuching telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 26 September 2009 dan mesyuarat agung tahunan pertama pada 13 Disember, manakala kumpulan sokongan Johor telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 30 Januari 2010. 

Kebanyakan kerja PSLEM dibiayai oleh penderma korporat serta orang ramai yang prihatin. Kerajaan Malaysia mengiktiraf persatuan ini sebagai sebuah perbadanan amal dan sumbangan wang kepada PSLEM dikecualikan daripada cukai.


No comments:

Post a Comment

© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno