Gejala-Gejala SLE

Apakah gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala-gejala yang berbeza-beza, sama ada sederhana dan serius.. Berikut merupakan gejala-gejala SLE ~

  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari. 
  • Sendi, muka, kaki membengkak dan sakit. 
  • Demam tanpa sebab dan berpanjangan.
  • Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  • Kelenjar menjadi bengkak.
  • keletihan yang berlebihan.
  • Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  • Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
  • Sensitif terhadap matahari.
  • Sel darah rendah.Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
  • Ulser mulut.
  • Sawan tanpa sebab.
  • Masalah mental.
  • Keguguran yang kerap.
  • Masalah buah pinggang.
  • Turun berat badan. 


No comments:

Post a Comment

© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno