Jenis-Jenis Lupus



Systemic Lupus Erythematosus (SLE) 
Lupus jenis ini adalah bentuk paling umum dari lupus. SLE memengaruhi beberapa organ tubuh dan sistem sekaligus, dan dapat menyebabkan kerosakan pada organ dan menyebabkan keradangan. Sedangkan penyebabnya belum diketahui sampai sekarang. 

Discoid Lupus Erythematosus (DLE)
Discoid Lupus Erythematosus merupakan penyakit kulit yang kronik di mana tedapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik dan munkin akan meninggalkan parut. Ruam tersebut kemungkinan akan berulang setelah sembuh.. Hanya sebilangan kecil pesakit DLE akan mendapat SLE di kemudian hari.

Drug-Induced Lupus Erythematosus 
Bentuk lupus ini, sesuai dengan namanya, dirawat oleh ubat-ubat tertentu. Tanda-tanda dan gejala yang khas lupus ini termasuk sakit sendi, sakit otot, dan demam. Bagaimanapun, lupus jenis ini memengaruhi tubuh secara sistemik, sehingga organ-organ lain tidak terpengaruh. Lupus ini dikesan sebagai besarnya kerana penyakit lainnya. Misalnya seseorang menderita kejang, rheumatoid arthritis, TBC, degupan jantung yang tidak teratur, dan tekanan darah tinggi. Setelah ubat dihentikan, gejala lupus biasanya akan hilang dalam tempoh enam bulan. 

Childhood Lupus 
Lupus ini umumnya memengaruhi anak-anak dalam cara yang sama seperti lupus yang mempengaruhi orang dewasa. Hal ini dapat lebih spesifik pada anak-anak, namun, lupus pada anak lebih memberi impak serius memengaruhi ginjal dibandingkan organ lain. Lupus childhood juga terjadi dan berkembang lebih daripada lupus dewasa. 

Tanda dan gejalanya sama dengan SLE. Lupus jenis ini lebih sukar diubati. Doktor sering kali mengingatkan risiko lupus ini pada si anak dalam jangka panjang, lebih-lebih lagi jika si anak menjalani terapi danubat-ubatan. Beberapa ubat dapat menyebabkan kesan samping yang dapat memengaruhi anak di kemudian hari. Lupus akan menjadi penyakit melemahkan yang dapat menurunkan tahap kesihatan individu secara drastik.Walaupun belum ada ubat yang khusu untuk lupus ini, namun lupus dapat dikawal secara efektif untuk mengurangkan kesan buruknya kerana tanda-tanda dan gejala untuk lupus mirip dengan penyakit lain, lebih anda mencari orang yang lebih faham dan dekat dengan penyakit ini. Tujuannya ialah untuk menghindari kesalahan diagnosis. Jika anda curiga, segeralah berjumpa dnegan doktor

Neonatal Lupus Erythematosus (NLE) 
Ini adalah suatu bentuk lupus yang paling jarang terjadi. Lupus jenis ini berpotensi memengaruhi bayi yang lahir dari ibu yang menderita lupus. Ini terjadi ketika antibodi lupus ibu bereaksi atas bayi dalam kandungan. Sehingga setelah lahir, bayi dapat memiliki ruam kulit,sel darah putih yang rendah, dan masalah hati. Dalam kebanyakan kesm, bayi yang terkena lupus jenis ini akan pulih pada akhirnya. Ini bererti kesannya tidak seumur hidup.

Cutaneous Lupus Erythematosus (CLE) 
  • Jenis lupus ini terbatas pada kulit, tetapi juga dapat terjadi bersama dengan lupus jenis SLE. Gejala lupus terbatas pada kulit berupa ruam, lesi, kehilangan rambut, pembuluh darah melebar (sehingga mereka dapat dilihat melalui kulit), bisul, dan kepekaan terhadap matahari. Ada tiga jenis CLE. 
  1. Pertama, subacute cutaneous lupus erythematosus (SCLE). Jenis lupus ini menyebabkan 10% dari keseluruhan lupus CLE. Sebanyak 50 persen dari individu yang terkena SCLE akhirnya berkembang menjadi lupus jenis SLE. Meskipun ada kulit terkait dengan SCLE,ia biasanya tidak meninggalkan bekas. 
  2. Kedua, discoid cutaneous lupus erythematosus atau DLE. Bentuk kulit ditandai dengan warna merah, ruam kulit semakin jelas dan akhirnya menjadi bersisik atau berubah menjadi warna coklat tua. Mereka yang menderita DLE sebagian besarnya ruam ini muncul di wajah dan kulit badan Ia juga biasa muncul sebagai bentuk luka di mulut atau hidung, dan dapat meninggalkan bekas luka. 
  3. Ketiga, tumid lupus. Lupus jenis ini menyebabkan pembengkakan pada kulit. Individu yang terkena tumid lupus biasanya badannya membengkak, misalnya saat terkena sinar matahari. Pada tubuhnya kemudian terdapat plak. 

No comments:

Post a Comment

© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno