Tuesday 25 March 2014

Forum Awam SLE PSLEM Terengganu Chapter 2014

Yeay! Alhamdulillah Forum Umum SLE di Auditorium, Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu berjaya! ^_^

Cik Dayang Deno (admin blog ni) sampai tepat pukul 8pagi. Err.. Mujurlah semasa admin baru sampai, ternampak baru beberapa orang peserta.. hehehe ^_^ Antara doktor yang hadir ialah Dr. Asmah (pakar rheumatologi), Dr. Zaiha (pakar nefrologi), Dr. Izzaidah (nefro), Dr. Siti Mariam (nefro), Dr. Ain (nefro) dan beberapa orang doktor yang turut support program ini :) Peserta Forum tiba di dewan Auditorium secara beransur-ansur ..

Tepat 8.30pagi, program bermula dengan perasmian daripada Dr. Salmi. Kemudian barulah Forum bermula dengan ceramah dari Dr. Siti Mariam mengenai SLE ~




Pelbagai info yang penting mengenai SLE / Lupus disampaikan oleh Dr. Siti. Bermula daripada pengenalan SLE sehinggalah kepada cara hidup sihat dengan SLE :) Selepas sejam, forum diteruskan dengan ceramah dari Pakar Rheumatologi Hospital Sultanah Nur Zahirah iaitu Dr. Asmah Mohd yang bertajuk SLE dan Kehamilan

Haaaa.. Kebanyakan pesakit nak tahu sangat tentang persoalan SLE dan kehamilan . Pada penglihatan admin, ceramah topik ini la yang ada banyak soalan daripada pesakit!^^



Ramai juga yang hadir Forum SLE ini.. Admin lihat ramai pesakit dan  keluarga pesakit yang menyertai forum ni.. Masa klinik tak sempat kan nak tanya macam-macam sebab masa yang terhad, so semasa forum macam ini lah pesakit boleh dengar penerangan doktor dan tanya macam-macam! Seperti kata Dr. Asmah, Forum SLE seperti google. Pesakit dan keluarga pesakit boleh "search" apa sahaja.. hihi ^_^




Ramai kan hadir.. Rugi la tak datang sebab penerangan doktor memang detail. Admin yang 15tahun ada SLE ni pun, ada juga beberapa info yang admin baru tahu. Penting kan hadir Forum macam ni? ^_^

Ok, tepat pukul 10pagi pula, semua dijemput "mengisi perut" :) Masa tu perut admin pun sebenarnya dah buat "konsert Avril Lavinge" tapi sebab terlalu fokus dengar ceramah daripada doktor, sampai lapar pun hilang.. Hehe.... Naik kat atas, dah bau masakan yang menyelerakan.. Fuh! memang sedap oiiii ^_^

jangan terliur ya.. hehe

Ada juga peserta forum yang mendaftar.. Lihat la ramai nak daftar tu.. Eh kenapa tiba-tiba admin ada kat situ? Hehe.. Admin pun baru nak daftar^^ Free of charge!


^

10.30pagi... Forum diteruskan dengan ceramah dari Dr. Ain mengenai SLE dan Buah Pinggang. Penerangan dari Dr. Ain memang sangat detail. Admin percaya semua peserta forum faham dengan penerangan dari Dr. Ain. 

Antara perkara yang penting mengenai SLE dan Buah Pinggang ialah mengenai "Biopsi". Admin pun pernah melalui prosedur biopsi tapi kurang faham pula step dan cara-caranya .. Sekarang baru admin faham ^^


Prosedur biopsi


Tamat ceramah daripada Dr. Ain, Forum diteruskan dengan perkongsian pengalaman hidup Puan siti Nurbaya bersama SLE. Puan Siti Nurbaya telah mengidap SLE selama 15tahun. Sama seperti admin, cuma pengalaman sahaja yang berbeza. Yes, itulah pesakit SLE, setiap pengalaman berbeza ....

Seperti Puan Siti Nurbaya, admin dan juga pesakit-pesakit SLE yang lain, orang susah untuk percaya kami (pesakit SLE) ini sakit sebab luarannya nampak sihat. Orang selalu mempertikaikan pesakit.. Orang tak akan percaya kami ini sakit sehingga mereka nampak kami terbaring sakit sedangkan apabila sakit, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana dan apa pesakit rasa ... Well.... It's hard to explain.. Itulah cabaran yang dihadapi setiap pesakit...

Puan Siti Nurbaya

Selepas perkongsian daripada Puan Siti Nurbaya, sesi pesakit dan doktor bermula.. Doktor bersedia menjawab apa sahaja soalan daripada pesakit. Inilah yang penting Forum seperti ini, apa sahaja kita boleh bertanya pada doktor :)

Doktor juga menasihatkan supaya pesakit tidak berhenti ubat dengan sendiri dan mencuba any supplement tanpa nasihat doktor. SLE sangat sensitif dan boleh flare tiba-tiba sahaja. Lebih-lebih dengan pengunaan supplement yang kandungannya mungkin ada steroid yang tersembunyi dan kandungan yang kita pun tak tahu .. Ianya boleh membuatkan SLE flare dengan lebih teruk! Dah banyak kes pesakit, SLE flare bila ambil supplement. Pengunaan supplement tanpa nasihat doktor adalah sangat berbahaya! Ingatlah wahai semua pesakit SLE! *ini bukan marah... tapi nasihat.... hehe*

Forum berakhir pada pukul 12 tengahari.. Banyak pengetahuan dan info yang peserta dapat di dalam forum ini. Admin harap Forum seperti ini akan diadakan lagi supaya lebih ramai tahu, kenal dan faham dengan SLE a.ka Lupus a.ka. bestfriend not ferever pesakit SLE ni... hihihihi... Okey semua, till we meet again ~




p/s: next event : Walk-a-Payung Terengganu Chapter... Yeay! Eh admin pulak ter"over" excited! hihi ^_^


No comments:

Post a Comment

© Copyright Reserved to PSLEM Terengganu Chapter l Designed by DayangDeno